Saturday, October 16, 2010

Ulasan artikal yang bertajuk:"Mencari dinamik politik kampus"

a)Ayat tesis

Fenomena "The angry young man" atau golongan muda yang marah-marah adalah satu keadaan yang biasa berlaku dengan mana-mana negara di dunia. Fanomena ini menyaksikan bagaimana golongan muda yang vokal dan lantang dalam menyatakan pendirian mereka.

b)Ayat topik

Sudut pidato yang kini dibenarkan semula pelaksanaannya di semua kampus adalah gelanggang perdana kepada pelajar untuk menyatakan pandangan terhadap sesuatu isu

c) (1) Perenggang deduktif

Kewujudan pelajar yang lantang bersuara sememangnya tidak dapat dinafikan. Sebagai entiti yang bebas dan tidak terikat dengan mana-mana pihak, penyataan suatu dan pandangan mereka sentiasa kedengaran melewati pelbagai isu sehingga menyentuh soal kepimpinan negara.

   (2)Perenggang induktif

Dalam hal ini, sukar untuk kita membayangkan pemilihan MPP tanpa suara lantang daripada pelajar. Bagaimanapun, kelantangan itu tidaklah sampai ke tahap pertembungan yang boleh mengancam keselamatan awam apatah lagi negara. Yang ada hanyalah pertembungan idea dan pemikiran.

   (3)Perengang deduktif kompleks

Bagaimanapun, saya percaya perlaksanaan pemilihan MPP boleh diperkemaskan dari semasa ke semasa supaya ia mencapai kualiti yang tidak boleh diragui. Pihak universiti wajar mengambil iktibar baiki kelemahan jika ada. Seperti pandangan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah bahawa proses demokrasi di kampus, misalnya wajar menjadi contoh kepada pilihan raya umum kerana ia berlangsung dalam "gedung ilmu" kualiti pemilihan MPP jelasnya mesti tidak boleh rendah daripada pilihan raya umum.

d)Perenggang pengenalan  (teknik yang digunakan)

Menggunakan Analogi
Fanomena "The angry young man"atau golongan muda yang marah-marah adalah satu keadaan yang biasa berlaku dalam mana-mana negara di dunia. Ini menyaksikan bagaiman golongan muda yang vokal dan lantang dalam menyatakan pendirian mereka. Tindakan secara agresif dalam menyuarakan pandangan ini juga memperlihatkan sifat mereka yang idealis. Hal ini juga dibantu dengan tahap pendidikan dan akses maklumat yang mereka peroleh.

e)Perenggang penutup

Perpecahan dikalangan pelajar sebelum menjelang dan pasca pemilihan MPP wajar diperbaiki. Meskipun perbezaan pandangan itu lumrah dan perlu diraikan, pelajar harus tahu di mana mereka bersatu. Pertikaian yang berpanjangan tidak akan membawa mereka ke mana-mana.
Kepada ahli MPP yang berjaya dan diamanahkan, penuhilah kepercayaan itu sebagai satu taklif iaitu tanggungjawab yang perlu ditunaikan dan bukannya tasrif atau glamor yang gemerlapan. Jawapan bukanlah alasan untuk bermegah-megah jauh sekali menggunakannya untuk kepentingan peribadi.

f)Perengang transisi

Tiada dalam catatan

g)Perenggang dialog

Seperti kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin, pelaksanaan e-undi sewajarnya tidak boleh dipertikaikan terutama dalam era ledakan maklumat dan penggunaan teknologi. Apa yang penting jelasnya, kepercayaan pelajar terhadap sistem yang dilaksanakan. Tegas beliau, apa jua sistem yang terbaik di dunia jika tidak didukung dengan keyakinan, ia pasti mengundang masalah

h) 3 ciri perenggang yang baik

   (1) kepautan

Selain itu, pemilihan majlis perwakilan pelajar (MPP) yang diadakan setiap tahun boleh menjadi contoh terbaik bagaimana pertembungan idea dan pemikiran wujud meskipun ia berlaku dalam keadaan yang terkawal. Perbezaan pandangan dan hujah dalam persaingan untuk meraih sokongan misalnya adalah sebahagian daripada rutin menarik yang mewarnai pemilihan MPP saban tahun.

   (2) kejelasan

Pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sendiri bersedia menerima apa jua pandangan bagi memantapkan pelaksanaan pemilihan MPP. Menteri juga menyatakan kesediaannya untuk menerima mana-mana memorandum daripada pelajar asalkan ia dikemukakan dengan tertib dan aman.

   (3) kesatuan

Kementerian memandang serius pelaksanaan pemilihan MPP kerana ia adalah satu proses demokrasi yang sewajarnya memberi pengalaman politik yang terbaik sebelum pelajar melangkah keluar. di sinilah mereka didedahkan dengan eleman penting dalam proses demokrasi seperti kebebasan bersuara dan kuasa untuk memilih pemimpin. Pendidikan demokrasi seperti ini harus ditanam dan dilestarikan supaya pelajar boleh menjadi warganegara yang baik, bertanggungjawab dan budiman. Lebih penting mereka menghormati, mempercayai dan menghargai demokrasi itu sendiri.

i)Teknik menstuktur idea

   (1)Teknik proses

Pemilihan MPP pada kali ini dilangsungkan di semua Institusi Pengajian Tinggi (IPTA) nampaknya sudah berakhir. Apa yang menarik, pemilihan pada kali ini disifatkan agak "panas" kerana isu pelaksanaan e-undi di universiti Malaya (UM). E-undi sebelum ini sudah dilaksanakan di kampus Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

   (2) Teknik sebab dan akibat

Mungkin sedikit mengecewakan ialah pemilihan MPP kali menyaksikan label diberikan kepada calon yang bertanding. Label seperti proaspirasi dan promahasiswa sebenarnya tidak banyak membantu kepada perkembangan pendidikan politik kepada pelajar. Sebaliknya. ia hanya menambahkan lagi tahap polarisasi dikalangan pelajar di kampus. Jika sebelum ini palajar dikatakan bersosial dalam lingkungan rakan etnik yang sama saja, label seperti proaspirasi dan promahasiswaini dikhuatiri menjarakkan lagi rantaian sosial mereka.

   (3) Teknik perbandingan

Kepada ahli MPP yang berjaya dan diamanahkan, penuhilah kepercayaan itu sebagai satu taklif iaitu tanggungjawab yang perlu ditunaikan dan bukannya tasrif atau glamor yang gemerlapan. Jawatan bukanlah alasan untuk bermegah-megah jauh sekali menggunakannya untuk kepentingan peribadi.

No comments:

Post a Comment