Wednesday, August 4, 2010

Bonda

Bonda...
sebanyak mana emas yang ku sembahkan
belum tentu dapat menandingi
perhatian dan kasih sayang yang diberi
selautan sayang yang kuucap
belum tentu dapat mengungkap pengorbanan dan harapan
yang kau bisikkan di telinga

Bonda...
semangat yang selalu ditiupkan
menyusuk ke sanubari
bermain-main di segenap raga
tak mungkin ku lupakan
kecemasan, kebahagiaan, kedukaan
menyatu dalam diriku ini
membentuk peribadi
menyusun impian yang sederhana
agar ku menjadi insan yang mulia

wahai bonda yang tercinta
izinkan aku mengungkap rasa
dalam madah berbunga penuh makna
dalam baris-baris sajak yang tidak seberapa
untuk dikenang kenangan kita bersama...







Ciri-ciri penulisan kreatif:
1.Ragam aktif-contoh:Bonda
2.Bernada puitis-contoh:Perhatian dan kasih sayang
3.Bersifat komunikatif-contoh:Izinkan aku mengungkap rasa,
                                              Dalam madah berbunga penuh makna.
4.Bersifat ketaksaan-contoh:Semangat yang selalu ditiupkan,
                                            Menyusup ke sanubari.
5.Bahasa kiasan-contoh:Sebanyak mana emas yang ku taburkan






                                           Ulasan Filem: Kuliah Cinta 



Filem ini mengisahkan tentang kehidupan remaja di alam kampus.Ia melibatkan perhubungan di antara dua insan iaitu Jojo (Erra Fazira) dan Faramy (Yusry Kru) yang bermula sejak zaman kanak-kanak lagi.. dan berterusan hingga ke alam kampus.segalanya bermula apabila sesi kemasukan pelajar junior di universiti tempat mereka belajar.mereka sebagai pelajar senior telah ditugaskan untuk menjalankan program injuksi untuk pelajar-pelajar baru.Manakala Jojo dan Faramyjuga terlibat sama dalam menguruskan program tersebut.Dalam diam Faramy telah terpikat dengan pelajar junior yang bernama Ayu,dan hubungan mereka menjadi semakin rapat.Apabila Jojo mendapat tahu bahawa Faramy telah mula rapat dengan pelajar juniornya membuatkan kemesraan antara Jojo dan Faramy semakin berkurang.Jojo merasakan dirinya tersisih dan hubungannya dengan Faramy tidak seperti dahulu lagi.Dalam masa yang sama Jojo telah mendapat tawaran ke Australia di dalam program pertukaran pelajarJojo juga telah memberitahu Faramy tentang pemergiannya.Namun Faramy tidak mengendahkan.Jojo juga telah berkenalan dengan seorang jejaka iaitu Johan dan ini membuatkan Faramy cemburu.Di dalam majlis perpisahan sempena meraikan pemergian jojo ke Australia.Faramy tidak datang ke majlis tersebut.Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi tentang perhubungan mereka,saksikanlah filem ini.
     Tidak perlu saya jelaskan dengan lebih terperinci.semua masyarakat di jemput menonton filem ini bagi mengetahui babak cinta yang ditayangkan di pawagam.Yang paling saya suka ialah kerja-kerja lampu yang man cahaya yang digunakan terserlah dan dapat menarik minat penonton contoh ketika majlis persandingan antara jojo dan Faramy.
     Saya sangat meminati filem ini kerana David Teo merupakan penerbit yang saya sukai.Tahap persembahan Erra Fazira sebagai watak jojo dalam filem initelah menjiwai watak ini kerana ia membuatkan penonton tersentuh perasaan contohnya: ketika berada dalam situasi kesedihan kerana jojo telah mendapat tahu bahawa Faramy bercinta dengan Ayu.
     Filem ini wajar ditonton kerana pelakon -pelakon dapat membawa watak dengan baik.selain itu,terdapat beberapa nilai moral yang dapat disampaikan kepada penonton.Jalan cerita ini berjaya membawa mesej yang baik kepada para penonton. 

7 comments:

  1. salam..

    bonda ... syurgaku di tapak kakimu..

    hargailah bonda ketika dia masih ada..

    jangan lupa masukkan ciri-ciri penulisan kreatif dalam karya anda..

    dan teruskan berkarya

    ReplyDelete
  2. ok,saya sudah masukkan ciri-ciri penulisan kreatif dalam karya saya...

    ReplyDelete
  3. Salam..
    sajak yang sangat menyayat hati..syabas kepada diri anda kerana sentiasa mengingati ibu anda di mana anda berada. Ingatlah bahawa kita berdiri pada hari ini di sebabkan oleh ibu kita.

    ReplyDelete
  4. salam..
    Hargai lah ibu anda ketika masih ada,sesungguhnya ibu adalah sumber inspirasi kita dan juga pencetus semangat diri.

    ReplyDelete
  5. salam.. sememangnya ibu adalah segala-galanya bukan emas dan harta yang diinginkan tetapi balasan kasih sayang mereka harus dihargai.. ibu buah hatiku pegangan diri kita

    ReplyDelete
  6. Salam
    Sayangilah ibu tanpa ibu siapalah kita didunia ini..

    ReplyDelete
  7. salam..sayangilah dan hormatilah ibu kita kerana dia adalah permata yang amat berharga dalam hidup kita...

    ReplyDelete